Terma Dan Syarat

Harga yang disenaraikan adalah tidak termasuk kos pengeposan. Kebiasaannya, khidmat pos yang digunakan adalah Parcel Pos Malaysia. Untuk lain-lain kurier, kos ditanggung oleh pembeli. Manakala untuk kaedah "Cash On Delivery", sila hubungi kami untuk perbincangan lebih lanjut. Untuk makluman, lokasi kami adalah di Sungai Buloh, Selangor.


Segala jumlah harga barangan, jumlah kos pengeposan dan nombor akaun akan disertakan di dalam invois balasan emel kami.

Syarat Pemulangan Semula Barang.
Ya! Barang boleh dipulangkan semula sekiranya anda mendapati barang yang diterima tidak menepati ciri-ciri yang disenaraikan. Kami akan memulangkan 100% wang anda dalam tempoh 7 hari.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada terma dan syarat seperti berikut:
1. Barang yang dikembalikan mestilah berada di dalam bentuk asal.
2. Barang belum lagi digunakan. Cukup sekadar anda telah menyentuh dan meneliti barang tersebut sebaik sahaja anda menerima barang.
3. Tidak berlaku sebarang kecacatan/ kekotoran/ kerosakan selepas penerimaan barang.
4. Barang perlulah sampai kepada kami dalam jangkamasa 7 hari dari tarikh barang dipos oleh pihak kami.
5. Kos penghantaran ke alamat kami adalah ditanggung pembeli sepenuhnya.
6. Pulangan wang adalah berdasarkan harga produk yang dibeli. Kami tidak dapat dan tidak akan memulangkan wang kos penghantaran. Harap maklum.