Tilam Mandi Teddo

Tilam Mandi Teddo (versi baru)  menjadikan suasana mandi bayi dan anda lebih menyeronokkan, relaks dan aman.
Satu pilihan dalam membantu anda untuk memandikan bayi. Permukaannya yang lembut dan selesa pada bayi sebelum menerima percikan air yang pertama.

Diperbuat daripada material yang lembut.
Tilam Mandi Teddo diperbuat daripada fabrik yang lembut dan mesra kepada kulit bayi anda. Ianya tidak kasar dan keras seperti plastik.

Menjadikan aktiviti memandikan bayi lebih mudah.
Tilam Mandi Teddo memudahkan anda memandikan bayi kecil anda yang biasanya licin dan sering membalik-balikkan badannya. Anda dengan mudah dapat memegang mana-mana anggota bayi anda, tidak perlu mengangkat atau mendukung; cukup sekadar menyusupkan tangan anda kebahagian-bahagian yang perlu dibersihkan.

Mudah untuk dibersihkan.
Tilam Mandi Teddo mudah dibersihkan. Hanya bilas dengan air bersih dan sangkutkan ia untuk dikeringkan.

Ringan dan mudah-alih.
Tilam Mandi Teddo tidak berat, menjadikan ianya mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana.


Ciri-ciri produk. (Versi baru)
~ Sesuai untuk bayi baru lahir hingga 10 kg.

~ Ringan. Berat sekitar 500gm. Saiz anggaran: 26 inci panjang X 19 inci lebar X 5 inci tinggi.
~ Diperbuat daripada fabrik yang lembut. Luaran kain polyster. Tidak mempunyai sarung dalam. 
~ Kandungan terdiri daripada kapas sintetik.

Warna Dan Corak Pilihan (Hanya satu pilihan warna yang ada)

Harga: RM38.00                                                  Kod: TMT 001

Untuk membuat pembelian, sila KLIK SINI


-Kandungan di laman web ini telah di edit semula pada 30/10/2012